Apa Itu Setia Sahabat Negeri Sembilan?

Assalamualaikum wbt serta salam jumaat kepada semua pembaca.

Petang ni Kanda D daripada PERSATUAN SETIA SAHABAT NEGERI SEMBILAN berbesar hati untuk menerangkan kepada semua berkenaan SETIA SAHABAT NEGERI SEMBILAN ni. Semoga bermanfaat.

Apa Itu Setia Sahabat Negeri Sembilan?


(Logo SAHABAT MALAYSIA)

Persatuan Setia Sahabat Negeri Sembilan (PSSNS) adalah sebuah organisasi/pertubuhan/persatuan BERBAI'AH yang berdaftar dibawah ROS (Pendaftar Pertubuhan). PSSNS adalah pertubuhan yang bernaung dibawah Pertubuhan Persahabatan Malaysia (SAHABAT) dimana kami juga mewakili SAHABAT di Negeri Sembilan ini.

Apakah Syarat Utama Untuk Menjadi Ahli

Setiap orang boleh menjadi ahli didalam PSSNS ini mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan iaitu :

1. Islam
2. Umur tidak kurang 18 tahun
3. Warganegara Malaysia

Walaubagaimanapun, orang bukan islam dan bukan warganegara juga boleh menjadi ahli tetapi hanya AHLI BERSEKUTU.

PSSNS ini di pengerusikan oleh Yang Mulia Paduka Ayahanda Man (Ayah Man) dan beroperasi di Taman Sri Pulai, Sikamat, Seremban.

Sekian, sedikit maklumat yang ingin dikongsikan Kanda D petang ni.
Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Bai'ah Dalam Islam

Ertian Bai'ah Dalam Islam