Posts

Ertian Bai'ah Dalam Islam

Image
Kepimpinan dalam Islam yang disebut sebagai imam merupakan suatu amanah yang amat besar dan perlu dilaksanakan secara berhemah.Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang bermaksud “Imam (Khalifah) itu adalah pemelihara dan dia bertanggungjawab di atas apa yang dipeliharanya (rakyatnya)…..” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Islam juga menjelaskan bahawa “Imam itu adalah perisai, yang mana dibelakangnya umat berperang.” (Riwayat Muslim). Hadis-hadis ini dan yang senada dengannya telah menjelaskan tentang tanggungjawab pemimpin terhadap rakyatnya. Dalam satu peristiwa, Rasulullah pernah menasihati Abdul Rahman bin Samarah RA. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud “Wahai Abdul Rahman! Janganlah kau meminta jawatan kepimpinan. Sesungguhnya jika kau diberi jawatan itu atas permintaan, nescaya kau akan dibiarkan dengannya. Jika kau diberi jawatan pemimpin bukan atas permintaan, kau akan dibantu untuk melakukannya. Jika kau bersumpah dengan satu sumpah, lal

Apa Itu Setia Sahabat Negeri Sembilan?

Image
Assalamualaikum wbt serta salam jumaat kepada semua pembaca. Petang ni Kanda D daripada PERSATUAN SETIA SAHABAT NEGERI SEMBILAN berbesar hati untuk menerangkan kepada semua berkenaan SETIA SAHABAT NEGERI SEMBILAN ni. Semoga bermanfaat. Apa Itu Setia Sahabat Negeri Sembilan? (Logo SAHABAT MALAYSIA) Persatuan Setia Sahabat Negeri Sembilan (PSSNS) adalah sebuah organisasi/pertubuhan/persatuan BERBAI'AH yang berdaftar dibawah ROS (Pendaftar Pertubuhan). PSSNS adalah pertubuhan yang bernaung dibawah Pertubuhan Persahabatan Malaysia (SAHABAT) dimana kami juga mewakili SAHABAT di Negeri Sembilan ini. Apakah Syarat Utama Untuk Menjadi Ahli Setiap orang boleh menjadi ahli didalam PSSNS ini mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan iaitu : 1. Islam 2. Umur tidak kurang 18 tahun 3. Warganegara Malaysia Walaubagaimanapun, orang bukan islam dan bukan warganegara juga boleh menjadi ahli tetapi hanya AHLI BERSEKUTU. PSSNS ini di pengerusikan oleh Yang Mulia Paduka Ayahand

Sejarah Bai'ah Dalam Islam

Bai’ah ialah perjanjian antara pemimpin dengan rakyat untuk taat dan seorang rakyat yang member bai’ah sebenarnya berjanji kepada pemimpinnya untuk menyerahkan pendapat kepada pemimpinnya dalam urusan dirinya sendiri dan urusan orang Islam.        Bai’ah pemimpin (bai’ah al-umara’) bermaksud berbai’ah untuk menguatkan dasar dengar dan taat. Sebagaimana diriwayatkan oleh Ubadah yang bermaksud: “Kami memberi bai’ah kepada Rasulullah s.a.w untuk dengar dan taat sama ada dalam kesusahan atau kesenangan, suka atau benci, mendahului Baginda s.a.w daripada diri-diri kami dan tidak membantah arahan, ahlinya. Rasulullah s.a.w bersabda, “ Kecuali kamu melihat kufur yang nyata dan kamu mempunyai dalil daripada Allah dalam perkara tersebut. ” ( Hadis muttafaqqun alaih)         Orang yang memegang jawatan (menteri atau exco) termasuk dalam golongan maka mereka berbai’ah dengan perkataan dan berjabat tangan jika mereka berada ditempat pelantikan. Jika mereka tidak berada di situ, mereka pe

WAHYU TERAKHIR KEPADA RASULULLAH SAW

Image
Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada']. Pada masa itu  Rasulullah s.a.w.  berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun  Rasulullah s.a.w.  tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian  Rasulullah s.a.w.  bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata: "Wahai  Muhammad , sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh  Allah s.w.t.  dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu." Setelah Malaikat Jibril a.s. pergi maka  Rasulullah s.a.w.  pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah  Rasulullah s.a.w.  mengum

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim.. Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam. Semoga segala perkongsian di sini memberi manafaat kepada semua, bekalan di akhirat kelak. Aminnnn Ya Rabbal Alaminnnn...